Sunday 21 October 2018

Zahid Hamidi Gunakan Cucu Raih Simpati

Video berdurasi 28 saat yang telah di muatnaik oleh anak perempuan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ini mengundang tohmahan masyarakat. Rata-ratanya mengecam tindakan Nurul Hidayah kerana sengaja mempolitikkan anaknya untuk meraih simpati orang ramai kerana ayahnya yang juga Presiden UMNO yang baru dilantik ini telah didakwa atas 45 kesalahan berbeza seperti penggubahan wang haram, rasuah dan jenayah kolar putih yang lainnya.

Tindakan Hidayah yang juga pernah dinobatkan sebagai Ikon Belia Negara ini mengundang kecaman netizen kerana mendedahkan anaknya dengan pembulian siber walhal dia sepatutnya melindungi anak kecil itu.

Selain itu, Hidayah juga turut memuat-naik gambar IG story tengan tujuan menjustifikasi tindakannya yang menyuruh anaknya memberi komen tentang penahanan atuknya, Zahid Hamidi. 



Namun begitu, apa yang saya lihat dari IG story yang cuba ditunjukkan Hidayah ini langsung tidak menunjukkan rasa serba salah atas tindakannya malah mempertahankannya dengan membandingkan anaknya Sofee dengan anak kecil yang mengikuti demonstrasi BERSIH. Anak kecil yang mengikuti BERSIH 5 itu berdemonstrasi menuntut pilihan raya yang adil diikuti ahli keluarga mereka bukannya membuat video berunsurkan ugutan. Nampaknya keluarga Zahid Hamidi masih lagi bersifat angkuh walaupun parti mereka kalah pada pilhan raya yang lalu buat pertama kali dalam sejarah Malaysia selepas 61 tahun merdeka. 

Walaupun tindakan Hidayah dilihat agak tidak matang namun kerajaan hari ini mempertahankan Sofee dan menegaskan buli siber tidak patut dilakukan terhadap seorang anak kecil berusia 9 tahun itu. Antara ahli politik yang bersuara adalah YB Hannah Yeoh, YB Nurul Izzah serta MB Selangor YB Amirudin Shari. Tindakan ahli politik kerajaan hari ini harus dijadikan contoh walaupun berbeza ideologi politik namun mereka tetap mempertahankan seorang anak kecil. Jika kerajaan yang dahulu mungkin mereka sudah halau kita dari negara jika kita berbeza pendapat.